Selasa, 10 Julai 2012

MINYAK BIDARA


PRODUK KHAZANAH PRUBATAN ISLAM

MINYAK BIDARA

KHASIAT MINYAK BIDARA
-Baik utk minyak urutan,sapuan,masalah sendi,otot,uraf saraf,sakit belakang,pinggang dan bahagian tubuh badan yg baik.
-Baik utk mereka yg aktif dalam sukan.
-Dibuat minyak utk selepas bersalin,diurut di kaw. perut dan keseluruhan badan yg diperlukan.
-mengatasi masalah sakit-sakit kulit seperti ruam,kudis,luka-luka,gatal,pembengkakan akibat terjatuh atau digigit serangga dgn cara sapuan.
-Mengatasi masalah pening kepala,sakit kepala dgn cara diletakkan di kulit kepala kemudian dipicit-picit kepala bagi mengeluarkan angin yg tersumbat di kepala.
-Utk rawatan masalah keguguran rambut,kelumumur serta melambatkan pertumbuhan uban.
-Baik utk urutan di kaw. perut bagi memecahkan lemak,rawatan perampingan serta melancarkan perjalanan haid dan melawaskan kencing bagi lelaki dan wanita.

HARGA : RM29

anda berminat boleh hubungi : 013-9320985(marzuki)


Rabu, 4 Julai 2012

FAQEH MINDA



Harga:
Semenanjung Malaysia
Sabah/Sarawak
Brunei/Singapura
RM
RM
$
43.00
45.00
23.00
 
      
Membongkar rahsia dari Khazanah Perubatan Islam 12 herba pilihan untuk kecerdasan minda. Melalui Faqeh ini kami dapat menyelesaikan persoalan kenapa ulamak terdahulu dapat menghafal Al-Quran dan beribu-ribu hadis, mempunyai akal yang cemerlang, bijak berijtihad, menyelesaikan masalah umat serta tidak lupa dan nyanyuk di sepanjang hayat mereka. Antara dalil dan hadis Nabi S.A.W.
 

 
“ Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)”
   
“ Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.
 

Akal merupakan satu anugerah Allah S.W.T yang terpenting kepada manusia. Dengan akal Allah S.W.T mentaklifkan (pertanggungjawab) kepada kita tentang semua syariatNya. Memahami hakikat kepentingan akal inilah, maka syarikat kami “PERNIAGAAN QURBA” berusaha membuat kajian ilmiah yang mendalam tentang makanan kecerdasan otak yang bersumberkan daripada :

1. Al-Quran
2. Sunnah Nabi S.A.W
3. Pendapat Ulamak Perubatan Islam

KENAPA ULAMAK-ULAMAK TERDAHULU MEREKA?
Mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan, kuat hafalan serta pintar? Dapat menghafal Al-Quran, mengigati beribu-ribu hadis Nabi S.A.W. ? Menguasai pelbagai ilmu sejak kecil ? Dapat berijtihad, menyelesaikan masalah umat, mereka dapat mengekalkan kesihatan akal serta tidak lupa dan nanyuk di sepanjang kehidupan mereka.

Semua pertanyaan di atas sudah kami temui rahsia makanan mereka. FAQEH adalah makanan kecerdasan otak yang kami kumpulkan serta gabungkan tiga belas bahan dari tumbuh-tumbuhan pilihan dari luar negeri dikeringkan, tiada bahan kimia, ubat penahan dan pewarna. Disediakan menurut kaedah secara saintifik di bawah kawalan kilang bertaraf GMP dalam bentuk tablet supaya mudah dihisap atau dikunyah oleh peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang tua lanjut usia.

KHASIAT FAQEH diantaranya ialah :
 
Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang sempurna.
Pelajar rendah hingga ke universiti dapat menerima pelajaran dengan baik, kreatif, aktif, berdaya saing maju kehadapan.
Orang dewasa hingga lanjut usia dapat mengekalkan ingatan, tidak lupa, nyanyuk dan
sebagainya.
Baik untuk masalah penyakit mental, sakit kepala, tenang fikiran, mengembalikan kesegaran
berfikir.


KETERANGAN RINGKAS SETIAP 13 BAHAN DALAM FAQEH
Dalam risalah yang kecil ini, kami hanya terangkan dengan ringkas 13 bahan kecerdasan minda sepertimana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam. Untuk keterangan lanjut anda bolehlah merujuk kepada sebahagian kitab yang kami senaraikan diakhir risalah ini.

Bahan 1.
  عسل - ASAL (MADU LEBAH)
Dalam kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda seperti yang diterangkan bahannya dalam risalah ringkas ini. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl: 68 - 69.

Maksudnya : “...........dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.

Dalam kitab, “
 الحث على حفظ العلم ” oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa :

Maksudnya : “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan”.
 


Bahan 2.   كرفس - KARAPS (BIJIRIN)Dalam kitab “ طب النبى ”, m.s. 47. Nabi saw sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda saw :
 
كلو ا الكر فس  فانه  يورث الحفظ وهو طعام الخضر

Maksudnya : “Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)”

Sabda Baginda saw lagi tentang kebaikan karaps:
 
عليكم بالكر فس  فانه لو كان نس يويد فى العقل فهو

Maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps.”
 
Bahan 3.  زعفران  - ZA’FARAN (STIGMA BUNGA)
Stigma Bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai “King Of Spices”. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab       “ 
طب اللأمأم علي ”, m.s. 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
من أخذ من الز عفر ان الخالص جزءا ومن السعد جزءا ويضاف اليهما عسل
يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحر

Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.
 
Bahan 4.  سعد  SU’DUN (AKAR TUMBUHAN)Kebaikan Su’dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 3 di atas. Za’faran dan Su’dun dikehendaki makan bersama madu pada setiap hari.
 
Bahan 5.  قرنفل  - QARANFUL (BUNGA)Dalam kitab “ طب اللاء مام الصادق ” m.s 381, Imam Ja’afar Al-Sodiq (r.h), lahir pada 80H, (guru kepada Imam Abu Hanifah r.h), pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu :
 
عن ابي البصير قال فلت للصادق كيف نقدر على العلم الذى فر عتموه لنا فقال
جذ وزن عشر دراهم قرنفل ومثلها كندر ذكر ودقهما ناعما ثم استف على الويق كل يوم قليلا

Maksudnya : “Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja’afar Al-Sodiq). Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja’afar Al Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari”.
 
Bahan 6.  لبان - LUBBAN (GETAH POKOK)Lubban disebut juga sebagai kundur zikri “ كندر ذكر ” seperti dalam kenyataan Imam Ja’afar (r.h) pada kenyataan bahan nombor 5 di atas. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab “ طب النبوى ”, m.s 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.d), Anas (r.a) dan Saiyidina Ali (k.w):
 
يرى عن على أنه قال لرجل شكا اليه النسيان عليك باللبان
فانه يشجع القلب ويذهب السيان

Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali (k.w) menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.”
 
Bahan 7. زنجبيل - ZANJABIL (UBI TUMBUHAN)Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 18, Maksudnya : “.....mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”
Dalam kitab “ 
طب اللأنمة ” m.s 388 dan Kitab “ طب الامام الرضا ” m.s 121, menyebutkan riwayat ulama yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141 - 203H) mengatakan bahawa :
 
من أراد يقل نسيانه  يكون حافظا   فلماكل  كل يوم تلاث
قضع زنمبيل مربي بالعسل  ويصطبغ بالحز دل مع طعامه في كل يوم

Maksudnya : “Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari.”
 
Bahan 8. خردل - KHARDAL (BIJIRIN)Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Ali Al-Ridho r.h (141-203H) menyuruh kita memakan khardal dan Zanjabil bersama madu pada setiap hari.
 
Bahan 9.   نعناع - NA’NA (DAUN)Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya “ دليل المعالجين بالقر ان الكريم ” m.s. 298, menyuruh kita memasukkan daun na’na dan habbatus sauda’ ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan :
 
نعلى النعناع ونضع عليه بعد تجليته بعمل مبع قطران من زيت الحبة السو داء
ويشرب دافتا ويكون مقروءا فيه ايات الوقية 7 مرات وايات الشفاء وسورة يس

Maksudnya : “Digoreng (dikeringkan) na’na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak Habbatus Sauda’ diminum suam-suam serta dibaca ayat al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta Surah Yassin.”
 
Bahan 10.   حبة السوداء  - HABBATUS SAUDA’ (BIJIRIN)
Kegunaan Habbatus Sauda’ bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan nombor 9, di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda’ terlalu banyak di antaranya sabda Rasulullah saw dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda saw bersabda :
 
من حديث أبي سلمة رضى الله عنه أن رسول الله قل عليكم
هذه الحبة السوداء فان فيها شفاء من كل داء الا السام

Maksudnya : “Daripada hadis Abi Salamah (r.d) bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “hendaklah kamu mengambil Habbatus Sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati.”
 
Bahan 11. عدس - ADAS (BIJIRIN)Adas adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. Adas dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab “ طب الأيمة ” m.s 389 menyebutkan :
 
وفي بعض الأخبار يورث الحفظ أكل اللحم مما يلي العنق وأكل
الحلوى والعدس والخبر البارد وقراءة اية الكرسى

Maksudnya : “Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu) makan adas, makan roti dan membaca ayat-ayat al-kursi”.
 
Bahan 12. زبيب - ZABIB (BUAH)Dalam kitab “ طب النبوى ” oleh Ibnu Qayyim al-Juzi, m.s 241, menyebutkan bahawa :
 
قال الزهري من أحب ان يحفظ الحديث فليا كل الزبيب

Maksudnya : “Imam Al-Zuhri berkata : Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)”.
 
Bahan 13. لبان - Laban (PURE GOAT MILIK)

Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran tentang kebaikan Laban dalam dua surah :

1. Surah Al-Nahl ayat 66
2. Surah Muhammad ayat 15    *Sila rujuk Al-Quran

Keterangan : Kami campurkan susu kambing dalam tablet ini, kerana khasiatnya yang sangat banyak sepertimana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam dan moden.
 
DIANTARA RUJUKAN KITAB-KITAB PERUBATAN ISLAM
 
Dan Kitab-kitab Perubatan Islam yang lain yang tidak dapat kami senaraikan dalam risalah yang ringkas ini.

Sebelum makan hendaklah diniat untuk kecerdasan minda demi beribadat kepada Allah. Membaca solawat kepada Nabi saw serta keluargaNya dan membaca Surah Al Fatihah.

Umur 3 hingga 12 tahun - 2 hingga 4 tablet sehari
Umur 13 tahun ke atas - 4 hingga 6 tablet sehari

Dimakan secara hisap atau kunyah pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.

Empat nasihat Imam Shafie (r.h) untuk menambahkan kecerdasan akal :-
1. Meninggalkan cakap-cakap kosong
2. Menggunakan siwak (kayu sugi).
3. Duduk bersama majlis orang-orang soleh.
4. Duduk bersama majlis ulama’.


 
 

KEBAIKAN KHAL TAMAR PLUS




Harga:Semananjung Malaysia
Sabah/Sarawak
Brunei/Singapura
RM
RM
$
90.00
95.00
42.00
Rahsia orang Arab mampu makan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja tanpa risau terkena penyakit- penyakit berbahaya.

KHAL TAMAR PLUS merupakan penyembuh penyakit digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol, dan obesiti (kegemukan).
Bersabda Rasulullah S.A.W.,

” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan
terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KRONIK YANG DIGERUNI ZAMAN INI,  DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL, OBESITI, JANTUNG, DLL.Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai ke hari kiamat.

Risalah ringkas KHAL TAMAR Plus ini adalah satu penyelidikan dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai masalah penyakit dan kesihatan.

APA ITU KHAL?

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

KHAL yang dihasil dan dipasarkan oleh Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. (PQSB) ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum. 

SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI saw TENTANG KHAL
Maksudnya : Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Perhatian : Dalam hadis sahih di atas, Rasulullah saw mengulangi sebanyak dua kali perkataan
(
 نعم الاءدام الحل ) Maksudnya (”Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”). Dalam kitab-kitab perubatan Islam, ulamak perubatan Islam menyebutkan bahawa pengulangan sebanyak dua kali oleh Nabi saw ini adalah satu penegasan dan kepentingan KHAL untuk kesihatan umatnya.
 
Terjemahannya : Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318)

PERHATIAN! 
Pertama: Kita dapat lihat sendiri bahawa Rasulullah saw dalam hadis di atas  Maksudnya, “Ya Allah berkatilah pada KHAL”. Rasulullah saw memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum KHAL, sudah pastilah doa Rasulullah ini dimakbulkan oleh Allah kerana Baginda adalah kekasihNya dan pastilah juga terdapat rahsia kepentingan KHAL oleh tubuh badan yang diciptakan oleh Allah SWT.

Kedua: Hadis di atas ada menyebutkan perkataan Baginda saw “  ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Ketiga: Saranan atau galakan Rasulullah saw dalam hadis ini tentang sabda Baginda saw maksudnya “dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah”. Ini dapat kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada di rumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut.

Perlu diambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan, penegasan dan galakan dari Rasulullah saw kerana Baginda tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Najmu, ayat 3 bermaksud “Dan tidaklah Muhammad itu berucap sesuatu dengan hawa nafsunya melainkan wahyu (Allah) yang diwahyukan,” Allah Maha Mengetahui kehendak tubuh badan manusia, diberitahu melalui Nabi saw untuk hambaNya.

SEBAHAGIAN DARIPADA KENYATAAN KHAL OLEH ULAMAK PERUBATAN ISLAM SILAM.Kenyataan dari Saiyidina Ali (karramallah) " 
نعم الأدام الخل يكس المر  ويحيي القلب "
Terjemahannya : “Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati.” Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.) "
 طب الأمأم علي " oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida’, Bairut, 1418, muka surat 320 - 325.

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU IBNU SINA (TAHUN 370 - 428 H) DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI AL-TIB (
 القانون فئ الطب  ) TAHQIQ DAN TA’LIQ OLEH SA’ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN 1414H, MUKA SURAT 908 - 909.

Terjemahannya : “KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
(Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, (
 صيدلية ابن سنا ) , Syarah dan Tak’lik oleh Ridho’ Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725 - 727)


KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691 - 751 H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI ( 
طب النبوى ) DARUL KITAB AL’ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.
 
Terjemahannya: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).

KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?

KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHAL DAN PENJAGAAN BADAN (SLIMMING) SECARA SEMULAJADI

KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

KHAL juga membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti). KHAL mencepatkan proses awet muda, badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. KHAL juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit.

RAHSIA KELEBIHAN KHAL, SATU PENGALAMAN YANG MENGKAGUMKAN MELIHAT “ORANG ARAB DAPAT MAKAN KAMBING SEEKOR HANYA UNTUK DUA TIGA ORANG SAHAJA”

Penulis mendapat rahsia kenapa orang-orang Arab dapat memakan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja dan memakan ayam seekor seorang. Keadaan ini menjadi kebiasaan harian bagi orang Arab. Pengalaman aneh ini dilihat sendiri oleh penulis semasa belajar di Universiti Al-Azhar pada tahun 1983 dan menemui rahsia cara membuat KHAL serta herba yang diperlukan bagi mengelak kesn buruk dari makanan yang berlebihan seperti yang dinyatakan dalam risalah ini.

KENAPA KHAL DARIPADA BUAH TAMAR (KURMA)?PQSB memilih buah tamar untuk dibuat KHAL kerana khasiat kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Di antara hadis Nabi saw ialah:
Terjemahannya: Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi saw, “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)

Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.


KHAL DAN MADU
Produk KHAL keluaran PQSB ini dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran kerana menurut kitab-kitab perubatan Islam ianya dapat mencepatkan tindakbalas kesihatan badan serta penyembuhan pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah ubat yang turun bersama wahyu. (Lihat surah Al-Nahl, ayat 65 - 69)


KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi. KHAL dapat mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.

KETERANGAN KANDUNGAN
KHAL TAMAR PLUS yang dihasilkan PQSB terdiri dari:
1. Satu botol KHAL (1 liter) yang sudah dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran.
2. Satu bekas herba-herba pilihan dari Khazanah Perubatan Islam.
3. Untuk diminum selama satu bulan.